Penyakit2 Arowana


Sisik dan sirip Arowana gugur
Jangan panik, biarkan jika hanya 1-2 sisik. Jika banyak, baru anda bersihkan dengan cara tukarkan air akuarium, tambahkan garam dan juga jika boleh masukkan herba semulajadi seperti AQUAPLUS untuk mempercepatkan pemulihan serta melindungi sisik ikan Arowana dari tercalar. Jangan risau, sisik itu akan tumbuh kembali dalam tempoh masa seminggu untuk ikan Arowana yang muda. Tapi jika Arowana dewasa, ia akan mengambil masa yang lebih sedikit.

Sistem Penapis Air
Jika mampu, dapatkan "external canister fitration system" kerana ia bagus dalam menghadapi masalah bakteria (Biological filtration) dan yang paling penting, kita kurang menggangu ikan Arowana anda bermaksud tahap stress yang kurang. Barang diingat bahawa STRESS atau ketegangan mampu membuatkan ikan Arowana anda lemah dalam menghadapi serangan penyakit. Namun jika bajet anda rendah, tidak mengapa.Dapatkan "overhead filtration system". Saya masih tidak bersetuju untuk mencadangkan penggunaan "internal filtration system" yang terletak di dalam akuarium kerana terlalu banyak gangguan dan disturbansi terhadaop Arowana anda. Lagipun ia akan menggunakan banyak ruang dalam akuarium anda serta anda terpaksa mencelup tangan anda ke dalam akuarium semasa maintenance dan ini sekalugus meningkatkan tahap Stress ikan Arowana anda. Seminggu sekali, anda perlu menggantikan bakteria nitrifi dengan meletakkan larutan seperti "CYCLE" atau "OCEAN FREE" sekiranya overhead or internal filtration system digunakan.

Parameter air dan punca penyakit
Arowana memerlukan sumber air yang berkualiti untuk hidup selesa. Tukarlah air sekurang kurangnya seminggu sekali. Adalah bagus jika dapat menukarkan air 2 kali seminggu, jika anda ada masa.Kebanyakkannya punca penyakit Arowana adalah dari kualiti air akuarium yang teruk. Ikan Arowana sesuai untuk air yang agak lebih asid, PH of 6.5-7.5. Penggunaan "black water" ataupun daun ketapang boleh dibuat. Eloklah periksa pH air 30 mninit selepas tukar air akuarium. Awas, jangan letak "black water" terlalu banyak kerana jika pH air meningkat, ia boleh membunuh ikan Arowana anda.

Penyakit
Kebanyakan punca penyakit berkaiatan dengan kualiti air akuarium yang teruk. Jadi sekiranya ikan arowana anda menunjukkan simptom2 mempunyai penyakit, janganlah pula terus beranggapan air adalah puncanya dan terus masuk ubat kerana apajua anda masukkan ubat ke dalam akuarium mengikut dos yang salah berupaya membunuh ikan Arowana serta merta. Apa yang perlu anda buat adalah, tukar air akuarium dalam lingkungan 40% hingga 50% dahulu, tambahkan garam dan masukkan lebih banyak buih buih oksigen. Tingkatkan suhu air akuarium kepada 30-32 Degree Celsius dengan menggunakan pemanas (heater) secara perlahan lahan (1 jam sebanyak 1 degC) dan perhatikan reaksi ikan Arowana anda untuk tempoh 5-7 hari sebelum tentukan ubat yang perlu diberi atau tidak perlu ubat langsung. Biasanya kita tidak perlukan sebarang ubat ubatan dan ia akan pulih sendiri. Namun sekiranya tiada kesan langsung, maka anda perlu beri ubat ubatan tapi berhati hatilah dengan dos yang patut diberikan.


Penyakit Arowana (Insang terkepak) dan cara pengubatannya
Punca:
1. Kualiti air teruk kerana banyak lebihan makanan terampai akibat teknik memberi makanan yang tidak betul. Ini menyumbang kepada peningkatan kandungan nitrat dan ammonia dan menyebabkan kandungan oksigen terlarut diu dalam air berkurangan.
2. Ruang yang terhad kerana apabila Arowana membesar, ia memerlukan ruang yang luas di samping nutrisi yang sempurna.Saiz akuarium yang sepatutnya adalah sekurang2nya 3 kali ganda panjangnya daripada panjang Arowana tersebut. Insnag Arowana boleh jadi lemah jika ruang untuk ia berenang terhad.

Simptom
1. Pada peringkat awal, anda akan dapati insang Arowana tidak dapat membuka dan menutup secara mudah ketika ia bernafas.
2. Terdapat juga tisu luaran yang tumbuh di sekitar insang di mana lapisan keras insang tersebut gugur dan mendedahkan bahagian dalam insang.
3. Jika ia tidak ditangani dengan segera, Arowana akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan anda boleh perhatikan Arowana akan mula naik ke atas permukaan air dan bernafas menerusi mulutnya di luar air.
4. Arowana juga akan mula berhenti makan dan jangkitan bakteria akan mula berlaku mengakibatkan insangnya gagalk berfungsi dan seterusnya Arowana akan mati.

Perubatan
1. Sekiranya Arowana sukar bernafas secara normal, tukarlah air akuarium sebanyak 20% setiap2~3 hari sekali. Gunakan pam udara serta bebuih batu untuk meningkatkan kandungan larutan oksigen dalam air.
2. Sekiranya sudah berada di peringkat kritikal di mana tisu insang sudah dijangkiti sclerosis, ikan Arowana anda perlu menjalani pembedahan untuk membuang bahagian yang telah dijangkiti penyakit.



Penyakit Arowana (Mata kelabu) dan cara pengubatannya
Punca
1. serangan bacteria di bahagian kornea.
2. Kualiti air terlalu teruk
3. Kandungan nitrogen yang tinggi

Simptom
1. Kebiasaannya berlaku pada salah satu mata Arowana.
2. Peringkat permulaan, didapati mata Arowana akan kelabu sedikit.
3. Peringkat teruk, ia akan menjadi kelabu sepenuhnya sehingga mata Arowana akan membengkak seperti ketulan kapas terkeluar di bahagian mata yang dijangkiti bakteria itu. . Arowana pada peringkat ini boleh mati jika tiada tindakan susulan rawatan dilakukan.

Rawatan
1. Sekiranya mata Arowana kelabu sedikit, cuna tukaqrkan 1/3 dari air kauarium tersebut. Tambahkan sedikit garam atau "sea-additive" lebih kurang 5%.
2. Suhu air akuarium dikekalkan di antara 30~33 degree C (86~91 degree F).
3. Perhatikan selama 2 hari. Jika ia beansur pulih, apa yang perlu anda lakukan ialah tukar lagi air akuarium sebanyak 1/4 daripada keseluruhan air akuarium itu selama 3 hari dan tambah garam kasar sehingga ia betul2 pulih.
4. namun sekiranya keadaan semakin parah, anda perlukan ubat ubatan. Letakkan ubat boleh larut seperti aureomycin, penicillin atau seumpama dengannya dan pastikan dos yang diberikan mengikut arahan. Suhu air akuarium perlu ditingkat 2~3 degreeC dan perhatikan reaksi Arowana anda. Pengubatan ini selalunya mengambil masa selama 3~5 bulan bagi memulihan penglihatan Arowana. Secara perlahan, hentikan pengambilan ubat ubatan jika anda dapati kesan bengkat tersebut surut. Bahagian iris akan kelihatan lebih kecil sekiranya pengubatan ini berjaya.

***Petikan ini diambil dari Blog RimbaArowana Sebagai rujukan dan manfaat kita bersama.

No comments:

Post a Comment